BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 15, 2012

~erTi kEhAmBAaN daLAM Diri~

Bismillahi masyaAllah.. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un..


Tiada siapa yang tahu ketentuan ILLAHI..hanya DIA yang tahu..kerana sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BIJAKSANA..

Firman Allah dalam kitabNYA:

22. tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.


23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.




Maka dengan itu..yakinlah dengan RabbMU..jangan lelah menongkah arus dunia yang hanya sementara dan tidak kekal..kebahagiaan di dunia tidak menjamin kebahagiaan di akhirat..Allahu Rabbi..

Firman Allah lagi dalam surah al-Kahfi:

46. harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh Yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas Yang memberi harapan.



Kejarlah akhirat..maka dunia adalah genggamanmu..namun jika dunia yang menjadi keutamaan..akhirat pasti engkau tinggalkan..beramal soleh dalam melangkah..dalam mengayuh sampan dunia..walau badai datang melanda..tingkatkan amalan solehmu wahai saudaraku..basahkan lidahmu dengan zikir kerana sesungguhnya dengan mengingati Rabbmu, jiwamu tenang wahai jiwa-jiwa yang muda lagi berani..bangkitlah dari kegelapan itu..kerana mentari cerah itu pasti hadir sesudah itu..tiap-tiap kesusahan pasti bersamanya kesenangan..cukuplah Allah bagiku..Hasbunallah wa ni’mal wakeel..

 Tiap-tiap sesuatu mengenai hamba-hambaNYA telah termaktub di sana..segalanya telah tertulis di LUH MAHFUZ..

Firman Allah dalam surah ar-ra'd:

39. Allah menghapuskan apa jua Yang dikehendakiNya dan ia juga menetapkan apa jua Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu Segala suratan".


Setiap kesedihan itu datangnya dari Allah..maka Allah jualah yang menghapuskannya.sesungguhnya Tuhanmu adalah sangkaan hamba-hambaNYA..fasobrun jameel..bersabarlah di dalam sabar..tundukkan wajahmu..tadahkan tanganmu..rasailah kehambaan itu melalui perbuatanmu..maka berdirilah menghadapNYA..mohon dari ILLAHI..semoga tadbir kita seiring takdir nya..


Add caption
baitula'tiq